Rabu, 15 Jun 2011

ANTARA TEMPAT YANG SERING DILAWATI APABILA ANDA BERKUNJUNG DI PERLIS

Taman herba ,Bukit Ayer. 10km sahaja untuk sampai di sini melalui Jalan kaki Bukit dan Jalan Abi Batas Paip/Jalan Bukit Ayer. Terdapat pelbagai spesis pokok-pokok herba terdapat untuk anda kenali. bersebelahan taman ini telah dibina sebuah kompleks SPA/urutan badan yang disediakan oleh Jabatan Hutan Negeri Perlis.












Kolam mandi (percuma) di Hutan Lipur Jalan Bukit Ayer, Sg Batu Pahat. Hanya l/kurang 10km untuk sampai di sini dari Sg.Paya Chalet melalui jalan Kaki Bukit arah Kangar dan tiba di lampu isyarat simp 4  masuk ke jalan Abi Batas Paip ke arah jalan Bukit Ayer/Batu Pahat..dan terus sampai penghujung jalan akan sampai ke destinasi ini. Sebelum itu anda pasti akan melalui Ladang Mempelam, ladang anggur, Taman herba. Air ini berpunca dari kawasan bukit banjaran Nakawan. Maaflah kalau musim tiada hujan maka tempat ini juga turut keringlah...












Ladang Anggur di Jalan Bukit Ayer , Perlis.













PERLIS MANGOES...HARUMANIS..hanya terdapat di Perlis sahaja. kalau tanam di negeri lain setakat ni dimaklumkan hanya daun saja yang lebat...buah tak muncul...rasanya yang lazat , isinya gebu menjadikan buah mempelam termahal sehingga RM15.00 sekilo. Datanglah ke Perlis pada bulan Mei/Jun untuk menikmatinya di Ladang Jabatan Pertanian ,Jalan Batu Pahat, Perlis.



KOMPLEKS BASIKAL LASAK, JALAN BUKIT AYER. Bagi peminat basikal bukit, terdapat banyak lokasi di sini untuk menguji jentera basikal anda dan memerah kudrat anda. sesuai untuk pelbagai peringkat. Kompleks ini telah dirasmikan pada 4hb Jun2011 oleh DYTM Raja Muda Perlis.
















Taman Ular dan Reptilia , (Jalan Bukit Ayer/Pdg.Golf)Sg.batu Pahat, Perlis. (Bersebelahan  Padang Golf ).

























Tasik Melati, ...tempat yang indah dan damai...sesuai untuk berehat..beriadah/jogging dan untuk sampai di sini ....anda perlu melalui Jalan Santan atau jalan bukit keteri.













Ladang Tebu Chuping...(Laluan Padang Besar-Chuping) Untuk mereka yang tak pernah melihat ladang tebu yang luas terbentang ..di sinilah tempatnya.








PADANG BESAR...Anda boleh berbelanja sakan di sini..pelbagai barangan Thailand ada dijual dengan harga istimewa. Tak heranlah bagi mereka yang berkunjung ke Perlis menjadikan lokasi wajib.
















WANG KELIAN...

PASAR (NAT) SABTU & AHAD DI WANG KELIAN..PELUANG ANDA UNTUK MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI THAILAND TANPA PERLU MEMBAWA SEBARANG DOKUMEN PERJALANAN. PADA HARI SABTU DAN AHAD SAHAJA PIHAK IMIGRESEN MEMBENARKAN PELANCONG MALAYSIA/THAILAND MENYEBERANGI SEMPADAN SEJAUH L/K 2KM SAHAJA.UNTUK MEMBELI BELAH PEKAN SEHARI (nat)SAMADA DI SEBELAH THAILAND ATAU MALAYSIA (RAKYAT THAI). DI SINI JUGA TERDAPAT SEBUAH KOMPLEKS BEBAS CUKAI WANG KELIAN BERSEBELAHAN KOMPLEKS IMIGRESEN.





















Gua Kelam II ,Anda akan melihat Banjaran Nakawan dan memasuki gua menaiki keretapi elektrik.






































GUA KELAM (1)



Tempat perkelahan sambil melawat ke dalam gua sejauh 300 meter. Anda akan menemui taman lama (secret garden) , ladang ternakan rusa dan berehat menikmati keindahan pokok hutan hujan-hujan yang memenuhi kawasan tersebut.















MATRI..MAAHAD ATTARBIAH ALISLAMIAH ,TUNJUNG ,PERLIS. hanya kirakira 2km sahaja dari SGPAYA CHALET. Ramai ibubapa pelajar Matri menginap di sini.
Matri merupakan sebuah sekolah agama rakyat(berasrama penuh) dibina hasil derma dan sumbangan orang ramai. Pelajarnya drp. darjah 1 - hingga tinkatan 6 terdiri terdiri pelajar lelaki dan perempuan. Mengamalkan sistem pendidikan semasa (UPSR,PMR,SPM dan STAM) dan Dinniah/Hafazan AlQuran sebagai pendidikan seimbang dunia dan akhirat menjadi sebab utama ramai ibubapa menghantar anak mereka di sini.
Sekiranya anda ada banyak wang, tak tau di mana nak disalur / dilaburkan sebagai saham akhirat maka di sinilah tempatnya.
Sila lawati www.yayasanmatri.webs.com atau maklumat lanjut mengenai MATRI sila layari http://www.matri.edu.my/v6/





Rabu, 3 Februari 2010

PENGINAPAN SUNGAI PAYA CHALET BESERI PERLIS.



PENGINAPAN SUNGAI PAYA CHALET ,BESERI, PERLIS.
Semua bilik berhawa dingin.
Lokasi GPS
Lat 6.525459,Long 100.221405
Dari arah Kangar melalui Jalan kaki Bukit ke arah Padang Besar l/k km10 selepas Stesyen minyak Shell , akan menemui jalan Kg.Darat-Padang Melangit(Jalan Che Yop). L/k 2 km akan menemui masjid Jannatunnaim Sg.Paya. Masuk sebelah kiri mini tar l/k 100m ada pintu pagar kuning. Itulah Penginapan Sungai paya Chalet.
Suasana kampung yang menghadap sawah, nun jauh kelihatan banjaran Nakawan (Sempadan Malaysia/Thailand) manakala di belakang ada sungai dari Ampangan Timah Tasoh.
Sesuai untuk mereka yang ingin melancong/berurusan sekitar Beseri untuk ke Wang Kelian, Gua Kelam, Padang Besar.
Jarak perjalanan: ke taman Ular/ Taman Anggur /Taman Herba ,Ladang harumanis Sg.Batu Pahat :6KM ,
ke Bandar Kangar:10KM, Ke GUA KELAM:12KM, Wang Kelian:20 km, Ke Padang Besar:20km. Matri:2km, IKM :4KM, MRSM BESERI: 4KM ,Kolej Profesional / fUTSAL BATU2 :6Km,
Penginapan ini bukan homestay (tiada ruang tamu) . Kami menyewakan mengikut bilik berkuran 12'x12'secara berasingan. Semua 4 bilik dilengkapi penghawa dingin dan bilik air. Kawasan berpagar mudah meletak kenderaan dan sesuai untuk aktiviti bar-b-q disebelah malam.
Kadar sewa 1 bilik sehari semalam (check in 2.00ptg -check out 12.00tghari)seperti berikut:
1. 2 Bilik katil kelamin + 1 katil single ( untuk 3 orang) :
RM 60 semalam/bilik.

2. 2 Bilik 2 Katil 2 tingkat (untuk 4 orang ): RM 70 semalam/bilik

3. Kami juga ada sebuah bangunan pelbagai guna berhawa dingin. Untuk seminar /kursus boleh menampung hingga 15-20 orang. Bilik ini juga boleh digunakan untuk penginapan bermalam secara berkumpulan 10-15 orang dengan kos penginapan RM10/orang(hanya disediakan tilam+bantal+selimut sahaja).

Untuk tempahan hubungi :
Pn.Chempawan (tel:012-4771448)
Blog:spchalet.blogspot.com
email:emasperlis@gmail.com


















Kami juga menyediakan sejadah, telekong sembahyang,peti ais, cerek,seterika, pinggan mangkuk,cawan, tempat bakar ikan.













Pemandangan di hadapan chalet. Sawah padi dan nun jauh di sana Banjaran Nakawan.

...bolehlah makan tengahari k
at dangau nie...


Nak mengail pun ok kat jeti ni...tapi ikan sungailah ..haruan, sepat, nasiblah kot tak dapat...air sungai ni mengalir dari dari Empangan Timah Tasoh.