Rabu, 15 Jun 2011

HOMESTAY / PENGINAPAN SG.PAYA CHALET , BESERI , PERLIS .




HOMESTAY , ROOMSTAY , DORMSTAY 
BESERI , PERLIS.
PENGINAPAN SUNGAI PAYA
NO.24A, LORONG BD 10, KG.SUNGAI PAYA,
JALAN KG.DARAT-PADANG MELANGIT,
02400, BESERI, PERLIS. 
Tel : 019-4546830 puan Wan
https:///www.wasap.my/60194546830

 SILA LIKE PAGE FACEBOOK

Gps:  6.52400, 100.21950

Homestay kami di No.24A, Lorong BD10, Kg.Sungai Paya, Jalan Kg.darat-Pdg Melangit,Beseri,Perlis.(Belakang masjid jannatunnaim Sg.paya). Terletak di tengah Negeri Perlis terletak 10km arah utara drp Bandar Kangar dan 15 km ke Padang Besar. Ianya memudahkan anda ke sebarang destinasi terutamanya ke Unimap Sg Chuchoh 10km, Wang Kelian 18km, Gua Kelam 8km, R&R Empangan Timah Tasoh/, Taman Ular/ Taman Anggur /Taman Herba ,Ladang harumanis Sg.Batu Pahat :6KM ,  Matri:2km, IKM :4KM, MRSM BESERI: 4KM ,Kolej Profesional / FUTSAL BATU2 :6Km, Kuala Perlis 20km, Tasik Melati 2km dan Uitm Arau 15km. 

Tempat makan yang sering dikunjungi spt. Restoran Tok Mek 5km, Restoran Pokok Sawa 6km, Restoran Anjong Keli 11km, Rosnani TomYam 3km, Ikan Bakar Derma dll.




HOMESTAY SUNGAI PAYA ADA 1 UNIT HOMESTAY 2 BILIK, 3 UNIT ROOMSTAY DAN 1 UNIT DORMSTAY(PELBAGAIGUNA).

Homestay . ( 1 unit)
2 bilik ,2 bilik air + pemanas , ruang tamu (semua berhawa dingin) 1 TV dan dapur.(peti ais/tempat masak/ penapis air Coway panas&sejuk) disediakan.
Setiap bilik berkeluasan 12x12 dengan katil kelamin.  RM180 semalam.
Roomstay( 2 unit)
Luas bilik 12'x12' TV, 1 katil kelamin + 1 katil bujang berhawa dingin dengan bilik air dan pemanas.  RM 80 semalam.


Tawaran Homestay+Roomstay RM300 percuma Kolam Renang Mandi tertutup.

Dormstay/bilik pelbagaiguna. ( 1 unit)
1 bilik untuk mesyuarat / kursus /seminar   dan boleh juga dijadikan ruang tidur ( hanya disediakan karpet dan bantal sahaja)Berhawa dingin dengan bilik air di dalam dengan pemanas. RM100 semalam atau RM50(untuk mesyuarat/seminar 3 jam)

 Waktu masuk 2.00ptg dan keluar jam 12 tgh.hari.(semalam)


Ruang bilik (homestay/roomstay)





Kemudahan Lain:
 Tempat letak kereta yang luas yang boleh memuatkan 6 unit kemah kenduri(20x20) bagi tujuan kenduri kahwin atau lain-lain aktiviti.Pakej katering ada disediakan.
 Di sebelah belakang ada sungai jika berminat aktiviti memancing atau berkayak. Kami juga ada basikal untuk disewa jika berminat menyusuri sungai atau keliling kampong/bendang.
 
Kini anda tidak perlu memandu kereta yang memenatkan untuk bertandang ke Perlis. Kemudahan ETS atau bas 2 tingkat amat menyeronokan. Kami menyediakan pengangkutan dpr Stn Keretapi Arau/Pdg Besar/stn bas kangar Pergi / balik ke tempat kami atau transit ke Langkawi atau Ke Thailand.
Pakej melawat tempat tempat menarik di Perlis - Taman Ular Sg.Pahat - Muzium DIRAJA - Gua Kelam - Tasik Melati-Kangar-Arau-Padang Besar atau lokasi lain, Pakej aktiviti memancing di Empangan Timah Tasoh sedia dibincang.



KAWASAN BERPAGAR. 

KAMI JUGA MENYEWAKAN TAPAK UNTUK PELBAGAI AKTIVITI SPT HARI KELUARGA/ SUKANIKA/ DGN KADAR RM100 SEHARI. DISEDIAKAN ALATAN BAKAR BBQ,

LAIN LAIN SEWAAN SEHARI/JAM
SEWA BASIKAL : RM10 Basikal bukit/ RM5 basikal biasa./jam.
SEWA KAYAK : RM5 /jam.
SEWA RC 4WD : RM5 (1 x guna)
SEWA SUPA DUPA & KOLAM MANDI-DIBINCANG.


Kemudahan permainan untuk kanak kanak.

  




Aktiviti memancing atau berkayak .













Disediakan dapur berasingan untuk memasak , pinggan mangkuk,cawan, tempat bakar ikan untuk anda boleh berBBQ di sini .


Majlis  Perkahwinan dan akan nikah yang pernah  diadakan di sini.




















Lokasi yang sering dilawati di Perlis


Taman Ular Dan Reptilia
Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya, biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

 Taman Ular dan Reptilia , (Jalan Bukit Ayer/Pdg.Golf)Sg.batu Pahat, Perlis. (Bersebelahan  Padang Golf ).
 












. . .



Ladang Mempelam Harumanis
Ladang mempelam harumanis merupakan salah satu produk pelancongan utama di negeri Perlis. Ianya terletak di kawasan Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat. Mempelam ini telah dikenalpasti hanya sesuai ditanam di Negeri Perlis sahaja.  Rasanya yang manis dan mempunyai aroma wangi isi buahnya yang tersendiri menjadi rebutan setiap musim yang hanya boleh dinikmati setahun sekali sekitar bulan Mac – Jun sahaja.  Jangan terkejut kalau harganya mungkin mencecah RM30/kilo. Pastikan "HARUM MANIS" kerana banyak mempelam yang hampir sama menyerupainya namun rasanya tidak seenak Mempelam "Harum Manis".













Laksa Kuala Perlis
Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis. Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan.
Makanan ini begitu terkenal di sepanjang pantai khususnya di Kuala Perlis. Mereka mengunakan acuan tertentu bagi menghasilkan juraian-juraian laksa. Kuahnya diperbuat daripada ikan yang direbus, dilumatkan dan dimasak dengan perencahnya.

Makanan laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.
 

Padang Besar
Padang Besar terletak 37 km dari bandar Kangar, Perlis dan bersempadan dengan Thailand. Ia merupakan salah satu pintu masuk dan keluar utama penduduk negara ini ke negara jiran.
Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.


Taman herba ,Bukit Ayer.
 10km sahaja untuk sampai di sini melalui Jalan kaki Bukit dan Jalan Abi Batas Paip/Jalan Bukit Ayer. Terdapat pelbagai spesis pokok-pokok herba terdapat untuk anda kenali. bersebelahan taman ini telah dibina sebuah kompleks SPA/urutan badan yang disediakan oleh Jabatan Hutan Negeri Perlis. 






Hutan Lipur Bukit Ayer, Sg Batu Pahat.
Hanya l/kurang 10km untuk sampai di sini dari Sg.Paya Chalet melalui jalan Kaki Bukit arah Kangar dan tiba di lampu isyarat simp 4  masuk ke jalan Abi Batas Paip ke arah jalan Bukit Ayer/Batu Pahat..dan terus sampai penghujung jalan akan sampai ke destinasi ini. Sebelum itu anda pasti akan melalui Ladang Mempelam, ladang anggur, Taman herba. Air ini berpunca dari kawasan bukit banjaran Nakawan. Maaflah kalau musim tiada hujan maka tempat ini juga turut keringlah.












Tasik Melati,  ...tempat yang indah dan damai...sesuai untuk berehat.. beriadah/ jogging dan terdapat pondok pondok rehat bagaikan berada di negeri China. untuk sampai di sini ....anda perlu melalui Jalan Santan atau jalan bukit keteri.








GUA KELAM
Terletak berdekatan Pekan Kaki Bukit.
Sebuah tempat perkelahan sambil melawat ke dalam gua laluan jambatan gantung di dalam gua sejauh 300 meter. Anda akan menemui taman lama (secret garden) , ladang ternakan rusa dan berehat menikmati keindahan pokok hutan hujan-hujan yang memenuhi kawasan tersebut





Gua Kelam II ,
Anda akan melihat Banjaran Nakawan dan memasuki gua menaiki keretapi elektrik ke  dalam gua.
Nota: Ketika ini Gua Kelam2 masih ditutup untuk kerja baikpulih.















































MAAHAD ATTARBIAH ALISLAMIAH ,TUNJUNG ,PERLIS. (MATRI)
l/k 2km sahaja dari SG.PAYA CHALET.


Matri merupakan sebuah sekolah agama rakyat(berasrama penuh) dibina hasil derma dan sumbangan orang ramai. Pelajarnya drp. tingkatan 1 - hingga tingkatan 6 terdiri terdiri pelajar lelaki dan perempuan (l/k 900 pelajar). Mengamalkan sistem pendidikan semasa (UPSR,PMR,SPM dan STAM) dan Dinniah/Hafazan AlQuran sebagai pendidikan seimbang dunia dan akhirat menjadi sebab utama ramai ibubapa menghantar anak mereka di sini.
Sekiranya anda ada banyak wang, tak tau di mana nak disalur / dilaburkan sebagai saham akhirat maka di sinilah tempatnya.